Dasar privasi

Dikemas kini 2 November 2026

Dasar ini menerangkan data yang dikumpul oleh extension Chrome Post Pantas dan laman postpantas.cloud, kenapa data itu diperlukan, dan hak anda terhadapnya.

Data yang kami simpan di server

Data yang kekal dalam komputer anda sahaja

Data yang kami tidak kumpul

Bagaimana extension berinteraksi dengan Facebook

Extension hanya bertindak di halaman group Facebook apabila anda klik "Buka group & isi draf". Ia membuka pautan group, mengisi kotak post dengan teks dan media anda, dan berhenti. Ia tidak menekan butang Post, tidak mengumpul kandungan group, dan tidak menghantar apa-apa dari halaman Facebook ke server kami.

Kenapa data digunakan

Data digunakan untuk log masuk, mengesahkan langganan, menghadkan bilangan peranti, dan menyegerakkan data kerja anda antara komputer. Kami tidak menjual data anda, tidak berkongsinya dengan pengiklan, dan tidak menggunakannya untuk tujuan lain.

Penyimpanan dan keselamatan

Data disimpan di server di bawah kawalan Post Pantas dan dihantar melalui sambungan HTTPS yang disulitkan. Akses ke server dihadkan kepada pentadbir.

Tempoh simpanan dan pemadaman

Data akaun disimpan selagi akaun anda wujud. Anda boleh meminta salinan data atau pemadaman akaun pada bila-bila masa dengan menghubungi kami. Kami akan memadamkan akaun dan semua data kerja yang berkaitan dalam masa 30 hari. Data dalam komputer anda boleh dipadam dengan membuang extension daripada Chrome.

Perubahan

Jika dasar ini berubah, tarikh di atas akan dikemas kini. Perubahan besar akan dimaklumkan melalui e-mel akaun anda.

Hubungi kami

Untuk sebarang pertanyaan atau permintaan berkaitan data anda: